Expressive.
terpanggil untuk aku membuat new post lepas baca buku.
Aku suka dengan gaya penulisan buku buku yang aku baca.
Aku selalu terfikir kenapa penulisan buku2 yang aku baca macam sebuah diari.
Lama aku fikir kenapa diorang nak masukkan ceritera hidup diorang untuk dipertontonkan kepada semua orang.
Semakin aku mendalami cerita cerita diorang aku terperasan. Terperasan yang diorang ni sama je macam aku.
Sejak kecil aku jenis yang x pandai bercakap sangat. Kadang kadang aku gagap or lupa apa yang aku perlu cakap.
Beza umur aku dengan kakak pertama aku jauh. Kakak pertama aku ni x berapa suka dengan budak kecil. So, dari kecik lagi aku kurang berkomunikasi dengan dia.
Kakak aku yang kedua pulak. Hmmm jujur masa aku kecik aku takut dengan dia. Sebab dia garang yang amat.
actually kedua dua kakak aku tu garang.
Aku pulak hati tisu. Suka nangis sbb x boleh lawan semua kakak aku.
Aku x pandai cakap dan jugak melawan. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menangis.
Disebabkan itu, aku ada satu tabiat yang semua orang tak tau. I grew to love dancing as a form of expression.
Self expression. Aku develop minat dengan menari ni untuk express kan apa yang aku rasa.
Aku bukan Lah pandai sangat menari tp skill tu aku develop sikit sikit. Masa tu aku free hair lagi.
Aku marah, sedeh, gembira.. semua aku express kan dalam tarian. Aktiviti tu menenangkan aku. Mungkin jugak sebab 'endorphin'. Yela kan berpeluh and require banyak pergerakan.
Sampai satu tahap tu aku ingat aku nak jadi performer je. Jadi penari.
as manusia, mungkin penulis jugak memerlukan satu form of expression yang boleh melapangkan fikiran diorang. Mungkin ada cerita yang boleh diambil iktibar dan as pembaca aku perlu banyak memahami perasaan orang tanpa being judgemental. Mungkin ada had yang aku x boleh terima sbb aku ada ideologi tersendiri tapi siapa lah aku nak cakap buruk pasal orang. Aku pun bukannya malaikat.
Respect to all writer out there. Appreciate you guys.
Thursday, 29 August 2019
Monday, 19 August 2019
Study. Saat Kau mencari apa erti study tu.
Tulis.
Orang anggap tulisan ni satu kaedah untuk melepaskan cerita dari fikiran yang bercelaru. sebab x mampu nak tahan.
Lukis
Ada orang melukis untuk mentafsir semua yang dah berlaku
jujur aku bukan seorang yang bijak dalam kata-kata. dari segi penulisan dan dalam "real life"
tapi aku terpaksa menulis untuk melepaskan pendapat yang aku pendam kerana when aku bercakap x sah kalau x mengguriskan hati orang. senang cerita lincah bercakap tanpa berfikir.
so this is my story...
aku caca merba. pelajar tahun akhir 2019/2020 jurusan senibina landskap daripada universiti tempatan.
lucu.
kalau sebut pasal Universiti ni aku selalu angkat bahu. aku selalu berbangga dengan universiti yang aku masuk. maklum la universiti terkenal kat malaysia. sape x bangga ye dak.
masa aku sekolah aku selalu terfikir kan best kalau masuk universiti. pemikiran aku ni didorong oleh faktor sekeliling. semua sepupu aku orang yang bijak pandai. ada doktor, engineer, cekgu, dan pengarah.
jadi aku ambil STPM. sebab result zaman aku studi dulu x gempak. senang cerita kalau aku boleh jujur aku xda A pun dalam ujian SPM. bukan aku nak bukak aib sendiri. orang akan malu kalau xda A dalam studi tapi aku rilek je cakap result aku. sbb bagi aku result tu x penting. dan sampai sekarang aku x tau apa kepentingan dapat result gempak sebenarnya. apa yg korang dapat?
byk sebab org belajar sbb nak excell. i mean what for? excell je? excell boleh buat kau happy ke? mungkin ye bagi korang. tapi bukan aku. aku rasa selamat je kalau aku ada A sbb x pelu repeat. x pernah bangga dengan keputusan tu
until..
aku realised one thing
when you have dream. you will chase it. how are you going to chase it? through study
tapi apa studi sebenarnya?
bagi aku studi ni datang dalam macam2 cara
of course yg cliche nye adalah formal n x formal.
orang selalu fikir bende yg x formal tu x penting. kenapa exist kalau x penting? kenapa x buang kalau x penting. susah nak menepis persepsi masyrakat ni sbb korang kene berhadapan dengan banyak soalan yg korang malas nak jawab.
ok berbalik kepada studi.
selepas menghabiskan masa selama 3 tahun aku studi ni aku baru jumpa bende yang aku minat nak teroka. yang aku fikir aku akan perform kalau aku buat. macam dah lama semangat aku x dibangkitkan mcm ni. cewah~
tapi bila ko berhadapan dengan persepsi masyarakat mesti ade je yg x kene.
"oh kalau aktiviti macam tu untuk hobi je boleh la"
"kalau hobi ok"
kalau untuk hobi je kenapa pulak ada course tu dekat universiti tempatan.
ok. nak kata xda market. berapa banyak pelajar lepasan yg ambil course professional ni xda keje.
orang mungkin dh lupa konsep rezeki kut. (aku pun bergelut dengan konsep ni sebenarnya).
aku nak belajar bende yang aku minat. then, dari situ aku realised kegunaan studi time spm sebenarnya. baru aku feel macam "EUREKA !" banyak manfaat studi sebenarnya. x kisah la untuk pengetahuan am je ke atau untuk di aplikasikan. yg ptg studi.
namun, aku ada satu problem dengan bende yg aku nak studi ni. parents aku x kasi aku studi bende yg aku nak. walaupun diorang x cakap tp aku tau diorang x suka. yang nak belajar sekarang ni sape sebenarnya aku ke diorang?
macam budak tomato (penulis buku) merangkap Doktor (skrg ni aku rasa la )
dia pun bergelut dengan bende satu masa dulu. nak ambil engineering tp ayah dia suruh ambil bidang kedoktoran.
KONKLUSI
aku x boleh buat konklusi untuk apa yang aku tulis ni kerana jujurnya aku still mencari-cari erti study tu. korang mungkin boleh bagi nasihat sbb korang dh jumpa apa erti sebenar study dalam hidup korang. kalau aku. aku still x jumpa. so aku x boleh bagi nasihat atau jawapan. nasihat korang mungkin berupa nasihat je pada aku sbb aku x feel apa korang feel. cara aku sekarang adalah dengan membaca banyak buku. untuk faham erti sebenar tu.
Sekian, Assalamualaikum
Subscribe to:
Comments (Atom)
