Expressive.
terpanggil untuk aku membuat new post lepas baca buku.
Aku suka dengan gaya penulisan buku buku yang aku baca.
Aku selalu terfikir kenapa penulisan buku2 yang aku baca macam sebuah diari.
Lama aku fikir kenapa diorang nak masukkan ceritera hidup diorang untuk dipertontonkan kepada semua orang.
Semakin aku mendalami cerita cerita diorang aku terperasan. Terperasan yang diorang ni sama je macam aku.
Sejak kecil aku jenis yang x pandai bercakap sangat. Kadang kadang aku gagap or lupa apa yang aku perlu cakap.
Beza umur aku dengan kakak pertama aku jauh. Kakak pertama aku ni x berapa suka dengan budak kecil. So, dari kecik lagi aku kurang berkomunikasi dengan dia.
Kakak aku yang kedua pulak. Hmmm jujur masa aku kecik aku takut dengan dia. Sebab dia garang yang amat.
actually kedua dua kakak aku tu garang.
Aku pulak hati tisu. Suka nangis sbb x boleh lawan semua kakak aku.
Aku x pandai cakap dan jugak melawan. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menangis.
Disebabkan itu, aku ada satu tabiat yang semua orang tak tau. I grew to love dancing as a form of expression.
Self expression. Aku develop minat dengan menari ni untuk express kan apa yang aku rasa.
Aku bukan Lah pandai sangat menari tp skill tu aku develop sikit sikit. Masa tu aku free hair lagi.
Aku marah, sedeh, gembira.. semua aku express kan dalam tarian. Aktiviti tu menenangkan aku. Mungkin jugak sebab 'endorphin'. Yela kan berpeluh and require banyak pergerakan.
Sampai satu tahap tu aku ingat aku nak jadi performer je. Jadi penari.
as manusia, mungkin penulis jugak memerlukan satu form of expression yang boleh melapangkan fikiran diorang. Mungkin ada cerita yang boleh diambil iktibar dan as pembaca aku perlu banyak memahami perasaan orang tanpa being judgemental. Mungkin ada had yang aku x boleh terima sbb aku ada ideologi tersendiri tapi siapa lah aku nak cakap buruk pasal orang. Aku pun bukannya malaikat.
Respect to all writer out there. Appreciate you guys.
No comments:
Post a Comment